photo salam5ry1.gif

Thursday 21 March 2013

Sistem ganti nama masyarakat Melayu



Sistem ganti nama masyarakat Melayu


Masyarakat Melayu memang terkenal dengan sikap berbudi bahasa dan sopan santun. hal ini ketara  dilihat dalam system panggilan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sistem panggilan atau gelaran  ini dibezakan mengikut umur, pangkat, atau keturunan. Misalnya dalam pentadbiran Negara iaitu istana. Rakyat akan membahasakan diri sebagai patik atau hamba kepada raja yang disanjung. Kebiasaannya raja atau pemerintah ini dipanggil sebagai ‘tuanku’ manakala untuk kata ganti nama diri pertama ialah ‘beta’.

Dalam struktur masyarakat khususnya, sesuatu panggilan akan meneliti atau melihat terlebih dahulu pangkat yang disandang atau perbezaan usia. Contohnya  menggelarkan diri ‘tan sri’, ‘dato’, ‘mak cik’, ‘pak cik’, ‘saya’, ‘awak’ dan sebagainya.
Namun dalam konteks keluarga pula, system panggilan ini akan berubah mengikut  adat sesuatu keluarga itu ataupun sebaliknya. Terdapat keluarga yang mengutamakan sistem panggilan mengikut bilangan anak. Contohnya di Negeri Sembilan yang masih berpegang kuat dengan adat. Ini termasuk dalam sistem ganti nama diri. Dalam keluarga, kata ganti diri yang kerap digunakan ialah ‘alang’, ‘angah’, ‘ucu’ dan sebagainya. Manakala masyarakat lain lada yang menggunakan kata ganti nama ‘orang’ misalnya di Kelantan. Namun terdapat juga yang membahasakan dirinya dengan nama sahaja.
Kepelbagaian sistem panggilan ini menjadikan bahasa itu menjadi unik dan mempunyai rohnya yang tersendiri. Oleh itu, kita patut kekalkan jati diri Melayu yang penuh dengan adab dan bersantun tinggi ini agar menjadi ikutan masyarakat luar.
 

No comments:

Post a Comment