photo salam5ry1.gif

Saturday 16 March 2013

tak faham langsung!!





Tak faham langsung!!


Aku tinggal di rumah sewa milik sebuah keluarga Cina. Aku seronok tinggal disini..tempatnya yang aman…memiliki udara yang nyaman..pemilik rumah pun sangat baik..
Namun aku ada masalah bila berkomunikasi dengan pemilik rumah ini..maklumla, Melayu vs Cina. Cakapnya macam itik dengan ayam..eheheh..Biasanya aku tidak mengalami banyak masalah dengan anak kepada pemilik rumah ini kerana dia fasih berbahasa Melayu..Namun, yang menjadi masalah aku bila berkomunikasi dengan pemilik rumah sendiri..huhuhu…perghh, dia xreti kot berbahasa Melayu.
Suatu hari, aku pergi ke rumahnya yang bersebelahan dengan rumah aku ni. Aku ketuk pintu rumahnya…kemudian dia keluar.

Situasi:

Aku: auntie, saya nak bayar sewa rumah., (sambil menghulurkan sewa rumah sebanyak rm800.00. fuh ketar tangan aku nak bayar..semakin susut la duti PTPTN aku ni..heheh)

Auntie: (ambil duit, kemudian dia buat isyarat tangan seperti menulis)

Aku: (garu-garu kepala yang tak gatal sangat ni)..’saya tak faham la auntie. Auntie nk buku dengan pen ke? Saya ada.’

Auntie: (geleng-geleng kepala kemudian dia ulang isyarat yang tadi

Aku: (blurrrr). ‘saya tak faham la auntie”

Auntie: kejap-kejap’. ( kemudian menyarung selipar dan menuju ke rumah sebelah. Dia mengetuk rumah dan memanggil pelajar Cina. Aku pun xtau nama pelajar tu? 

Pelajar cina tu keluar kemudian dia bercakap dalam bahasa Cina

Pelajar: dia nak saya jadi jurubahasa’

Aku: ooo…ok, saya pun tak faham dia cakap apa’

Kemudian auntie berkomunikasi dengan pelajar tersebut dalam dialek mandarin

Pelajar: auntie cakap, resit bayaran dia akan 
bagi malam nanti’

Aku: “ooo..rupa-rupanya dia buat isyarat menulis tu maknanya resit bayaran” (..hahahah…ape la, aku mane faham)

Hehehe…kecian pelajar cina tu..enak-enak tidur kena kacau dek auntie tu..heheheh



No comments:

Post a Comment