photo salam5ry1.gif

Saturday 16 March 2013

oh bahasaku!!


Oh bahasaku!!!

Walaupun aku rakyat Terengganu namun aku sudah terbiasa dengan dialek Kelantan aku. Maklum la walaupun aku anak Terengganu namun aku juga anak angkat Kelantan..heheh…ni semua factor geografi la..sebab aku tinggal bersempadanan dengan Kelantan iaitu di Besut..huhu…
Aku sudah terbiasa dengan dialek aku ni walaupun mempunyai rakan-rakan yang datang dari pelbagai negeri namun aku tetap dengan dialek aku.. keterbiasaan aku ni terbawa-bawa sampai dalam bilik kuliah. Waktu itu, aku berada dalam kelas KPD.. Pensyarah yang mengajar aku tu meminta kami menghantar tugasan yang diberikan olehnya seminggu. Namun begitu, rakan baikku menghadapi masalah apabila video rancangan pengajaran mikronya terpadam dalam simpanan kawanku yang lain..
Nak dijadikan cerita, aku yang berlagak sebagai hero kepada dia terus memaklumkan perkara tersebut kepada pensyarah…



Situasinya:

Aku: Encik, kami ada masalah siket la.

Pensyarah: masalah apa?

Aku: video mikro za ile (hilang) la cik. Kami nk mitok (minta) masa tambahan untuk buat semula rakaman tu…

Pensyarah: tolong bercakap dalam bahasa Melayu boleh tak?
Aku: heheheh….

Hohohoh…begitu tinggi pengaruh dialek Kelantan dalam diri aku…


No comments:

Post a Comment