photo salam5ry1.gif

Friday 8 March 2013

Penggunaan bahasa singkatan dalam kalangan remaja



Perubahan arus kemodenan dan kemajuan dalam bidang teknologi turut membawa masyarakat hanyut dibuai kecanggihannya. Penggunaan laman sosial seperti facebook, twitter, sistem pesanan ringkas dans sebagainya membuatkan masyarakat khususnya remaja semakin leka dengan perubahan bahasa yang berlaku. 

Mereka seringkali menggunakan singkatan bahasa dan lebih merosakkan keadaan apabila berlaku percampuran ejaan dalam bahasa. Contoh singkatan bahasa yang sering digunakan ialah 'bagaimana' akan berubah menjadi 'cmne', 'kenapa' berubah kepada 'nape', dan sebagainya. Lebih teruk lagi apabila sesuatu ejaan itu sendiri diubah oleh golongan remaja ini. Contohnya ayat "tengah buat ape?" berubah menjadi "ngah wtpe?" perkataan 'budak' menjadi 'budax' dan sebagainya.

Hal ini sangat membimbangkan sekiranya tidak dibendung dan dicegah kerana dikhuatiri akan menjejaskan struktur bahasa Melayu dan juga menjejaskan penulisan karangan diperingkat sekolah.

No comments:

Post a Comment