photo salam5ry1.gif

Thursday 7 March 2013

ketaksaan makna




Hari ini dalam kelas semantik dan pragmatik bahasa Melayu ada membincang tentang ketaksaan makna. Menurut penjelasan daripada pensyarah, ketaksaan makna adalah kekaburan makna iaitu sesuatu perkataan atau ayat tersebut menyangsikan serta meragukan. Ayat yang mempunyai ketaksaan makna ini boleh menimbulkan lebih daripada satu makna dan tafsiran mengikut kefahaman seseorang individu menilai ayat tersebut. Ketaksaan ini dapat dikategorikan kepada 4 jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang ketentuan pada makna item dan juga penentangan pada penentuan makna item

Ketaksaan makna ini boleh dilihat melalui perkataan 'cerita kita'. Ayat ini boleh membawa kepada pelbagai makna kerana konteks ayatnya yang tidak jelas. Terdapat segelintir individu akan mentafsir ia merupakan judul buku atau novel, ada yang akan mentafsir kisah percintaan seseorang individu dan ada yang mentafsir ayat tersebut merupakan judul filem. Pelbagai tafsiran dan kefahaman akan berlaku kerana konteks ayatnya yang kabur dan tidak disokong oleh mana-mana makna lain.

Oleh itu, ketaksaan makna ini perlu dielak oleh semua orang. Sebolehnya kita perlu lebIh jelas dalam ucapan dan juga penulisan kita supaya tidak berlaku kekeliruan makna yang mungkin bakal membawa pelbagai kesan kepada sesiapa sahaja.

No comments:

Post a Comment