photo salam5ry1.gif

Saturday 30 March 2013

PISANG GORENG VS GORENG PISANG




Suatu petang aku ke pejabat pos untuk mengirim barang ke kampung halaman. Aku tidak mengambil masa yang lama berurusan disana kerana pada ketika itu, bilangan pelanggan tidak ramai. Seusai urusan aku, aku melangkah keluar dari pejabat tersebut. Mata ku tertangkap sebuah kedai yang menjual makanan bergoreng yang terletak berhampiran pejabat pos tersebut. Panjang sahaja langkahku menghampiri kedai tersebut kerana tekak ku terasa haus. Mungkin kerana cuaca terlalu panas..
Eemmm….setibanya disana, aku dilayan oleh seorang budak perempuan dalam lingkungan 9 atau 10 tahun. Aku membeli air daripadanya. Kemudian, datang seorang wanita yang agak berusia.



Mak cik: Nak beli apa nak? Goreng pisang?
Aku: A’ah mak cik. Saya nak pisang goreng rm2.
Mak cik: OK…(kemudian dia berpaling ke belakang dan memberitahu kepada anak buahnya) “goreng pisang 2 ringgit”.
Aku: @#%&*…heheheh




No comments:

Post a Comment