photo salam5ry1.gif

Wednesday 20 March 2013

Hello ‘bro’




Di sana sini kedengaran ayat ‘bro’.
 ‘nak ke mana tu bro?’…
‘relax la bro’..
‘Jom lepak bro’..
‘aduh bro, sorry la’
dan macam-macam lagi yang kedengaran. Namun, tahukah kita bahawa perkataan ‘bro’ ini sudah lama sinonim dengan masyarakat Malaysia. Baik melayu, cina atau india dan kaum-kaum lain gemar menggunakan perkataan ‘bro’ dalam komunikasi sama ada lisan mahupun tulisan mereka Seolah-oleh mereka gah dengan perkataan tersebut.
Perkataan ‘bro’ sebenarnya berasal daripada perkataan inggeris iaitu ‘brother’. Perkataan ini sudah lama wujud, mungkin dimulai dengan gerakan freemason lagi..namun kian menular dalam kalangan masyarakat apabila terdapat segelintir pengarah industri hiburan menerapkan perkataan ini dalam filem arahan mereka dan membuatkan ramai penonton yang terikut-ikut dengan gaya percakapan artis kegemaran mereka. Sekaligus menjadi ikutan para remaja khususnya. Hal sedemikian sepatutnya kita atasi kerana mampu merosakkan budaya Malaysia yang penuh dengan kesopanan dan berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana, penggunaan perkataan ‘bro’ dalam kalangan masyarakat menyebabkan hilangnya jati diri ketimuran dalam diri mereka. Mereka semakin alpa dengan dunia mereka. Sebaiknya kita menjadikan bahasa  sebagai medium untuk menerapkan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat timur dalam diri masyarakat.

No comments:

Post a Comment