photo salam5ry1.gif

Sunday 10 March 2013

bahasa rojak

bahasa rojak merupakan komunikasi di Malaysia yang mengalami peralihan kod iaitu mencampur adukkan pelbagai bahasa dalam suatu pertuturan contohnya mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Fenomena bahasa rojak ini telah berlaku di Malaysia semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Namun begitu, bahasa rojak kini kian merebak dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Penggunaan bahasa rojak bukan sahaja dalam kalangan remaja, bahkan media juga seringkali menggunakan bahasa rojak contohnya TV3. Suatu masa dahulu, Tv3 pernah menggunakan perkataan 'sure heboh' namun telah ditukarkan kepada 'jom heboh'. Penggunaan bahasa rojak oleh media menggambarkan bahawa bahasa rojak itu suatu kebiasaan bagi masyarakat kita bahkan menggalakkan lagi penggunaan bahasa rojak tersebut dalam kalangan masyarakat.

Contoh ayat bahasa rojak seperti berikut:

"sudah lama aku tak dengar berita tentang dia, i miss her so much. I really want to see her. Dah hampir sebulan aku tak berjumpa dengannya. Macam mana la keadaan dia sekarang ni?"

dalam konteks ayat tersebut, terdapat percampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Hal yang sedemikianlah yang disebut sebagai bahasa rojak. Bahasa ini sekiranya tidak dibendung nescaya akan memberi ancaman kepada bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment