photo salam5ry1.gif

Thursday 14 March 2013

bahasa mendidik masyarakat



Bahasa bukan sahaja alat komunikasi antara manusia. Namun bahasa juga berfungsi untuk mendidik manusia supaya menjadi insan yang mempunyai peribadi mulia dan berakhlak tinggi. 



Bahasa sebagai alat mendidik manusia terdapat dalam bentuk sastera iaitu sastera lisan ataupun tulisan. Hal ini demikian kerana, sastera digunakan sebagai suatu wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan masyarakat sedar akan perasaan sendiri dan juga orang lain.
Sastera juga memenuhi keperluan pengetahuan murid tentang variasi bahasa, mendekati unsure-unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan serta pelbagai dimensi budaya lain. Selain itu juga, bahasa diolah dengan teliti, halus dan mempunyai nilai-nilai murni bertujuan untuk mengajar manusia erti kemanusiaan, unsure pengajaran dan sebagainya. Hal ini jelas dalam penggunaan bahasa estetik dalam karya-karya prosa atau puisi.

Sebagai contoh, penggunaan bahasa positif dalam iklan-iklan nilai murni dimedia, penggunaan bahasa kiasan dalam pantun dan sebagainya sebenarnya bertujuan untuk mendidik masyarakat. Penggunaan bahasa yang indah mampu menarik dan membuka minda individu untuk menilainya dan menerapkannya dalam diri sendiri.


No comments:

Post a Comment