photo salam5ry1.gif

Thursday 7 March 2013

Bahasa Melayu Kelantan

Bahasa Melayu Kelantan atau lebih dikenali sebagai bahaso Melayu Klate merupakan loghat bahasa yang digunakan oleh rakyat negeri Kelantan. Namun begitu, dialek Klate ini juga turut diguna pakai oleh sebahagian penduduk negeri Terengganu khususnya penduduk sekitar Besut serta Pulau Perhentian serta sebahagian disekitar Kedah terutamanya di Sik, Baling serta Padang Terap.

Pada dasarnya, Bahasa Melayu dialek Kelantan ini mirip dengan Bahasa Melayu Pattani yang juga dituturkan di sebagian selatan Thailand tetapi telah dipisahkan dengan keadaan sosial serta politik ke 2 negara tersebut.

Dialek ini mempunyai perbezaan ketara berbanding dengan kebanyakan dialek Bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaya (terutama Bahasa Melayu Johor), yang menekankan penggunaan vokal [ə] (e pepet seperti perkataan emak). Bahasa Melayu Kelantan memakai peralihan bunyi /e/ seperti lele pada akhir dialek vokal serta penggunaan akhiran /o/, menyebabkan Bahasa Melayu Kelantan yang pekat sangat sulit dipahami oleh penutur Bahasa Melayu yang lain (Kecuali penutur Bahasa Melayu Pattani serta penutur Bahasa Melayu Terengganu yang berhampiran).

Dari segi penggunaan huruf vokal pula, perkataan yang berakhir dengan vokal 'a', 'e' dan 'o' biasanya akan digantikan dengan vokal 'o'. Contoh perkataan 'saya' dalam bahasa Melayu baku akan menjadi 'sayo' dalam dialek Kelantan.

Penggunaan konsonan juga berlaku perubahan. Kebiasaannya, perkataan bahasa Melayu baku yang berakhir dengan sebarang konsonan akan digugurkan dalam dialek Kelantan. Contoh perkataan ialah 'makan' akan bertukar menjadi 'make'.  'Diam' akan menjadi 'die' dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga perkataan yang berubah dari segi konteks perkataan dan ayat yang sebenarnya. Perubahan ini menyebabkan berlaku kesukaran bagi penduduk luar daripada kawasan Kelantan untuk memahaminya. Contoh ayat tersebut ialah 'nanti' akan menjadi 'lamoke', habis itu atau jadi' akan menjadi 'pah atau gak'

Variasi dialek Kelantan ini kedengaran agak sedikit kasar. Namun begitu, terdapat unsur-unsur keindahan yang terselit dalam dialek tersebut.

No comments:

Post a Comment