photo salam5ry1.gif

Thursday 14 March 2013

bahasa halus



Bahasa Halus

Bahasa halus bermaksud bahasa yang lebih lembut dan digunakan untuk menggantikan perkataan tertentu yang dirasakan kasar atau mampu mengyinggung perasaan individu lain.
lembut, yang digunakan untuk menggantikan perkataan tertentu. Selain itu juga, penggunaan bahasa halus ini juga merupakan suatu komunikasi kiasan atau berlapik tidak memberikan kesan negatif kepada orang lain. Penggunaan bahasa halus atau sopan ini sering dikaitkan dengan konsep lakuan tutur atau lakuan bahasa dalam sesebuah masyarakat.
Bahasa halus wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.
Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.
Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.
Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.
Berikut diturunkan beberapa contoh:
Bahasa Basahan
Bahasa Halus
kencing
Buang air kecil
berak
Buang air besar
mengandung/bunting
Berbadan dua
kubur
makam

No comments:

Post a Comment