photo salam5ry1.gif

Thursday 4 April 2013

bahas kreol dan pijin



Kadar kepelbagaian bahasa meningkat dengan adanya bahasa kacukan.  Menurut Asmah Hj. Omar, kacukan bahasa ialah bahasa yang memperlihatkan campur aduk sekurang-kurangnya dua bahasa yang berlainan dari segi sistem, struktur dan perbendaharaan katanya. Terdapat dua jenis bahasa kacukan iaitu:

       1.   Bahasa kreol
       2.   Bahasa pijin ( bahasa pasar)


Bahasa kreol

Bahasa kreol ialah bahasa kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa.

     (1)Bahasa baba
            ·         Struktur ayatnya campuran Cina dan Melayu
            ·         Sebahagian besar perbendaharaan katanya adalah Melayu

     (2)Bahasa Portugis
           ·         Struktur ayatnya campuran Portugis Melaka dan Melayu
           ·         Sebahagian besar perbendaharaan katanya adalah bahasa Portugis abad   ke-16


Bahasa pijin

Bahasa pijin ialah bahasa kacukan yang belum mantap. Tidak ada penutur yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pertama. Dengan itu, tidak ada penutur asli. Semua bahasa kreol ialah bahasa pijin. Tetapi tidak semua bahasa pijin menjadi kreol. 
Bahasa pijin lahir dalam pertembungan antara manusia contoh dipasar dan pusat perniagaan. Disinilah manusia daripada berbagai-bagai masyarakat cuba berkomunikasi antara saru sama lain untuk tujuan pragmatik.

Perbezaan bahasa kreol dengan pijin

kreol
pijin
Bahasa kacukan yang sudah mantap
Bahasa kacukan yang belum mantap
Mempunyai penutur tersendiri yang menuturkannya sebagai bahasa ibunda
Tiada penutur yang menggunakannya sebagai bahasa pertama
Pola bahasa kreol boleh dikenal pasti
Pola bahasa pijin sukar dikenal pasti



Tuesday 2 April 2013

BAHASA ISYARAT...





Komunikasi mempunyai pelbagai bentuk, sama ada secara lisan, tulisan, gerak badan atau isyarat. Sebagai manusia yang normal, kita tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan sebaiknya. Namun, bagaimana pula bagi insan yang mempunyai kekurangan?

Agak kekok untuk mereka bergaul dengan masyarakat bukan??

Oleh itu mereka menggunakan bahasa isyarat.  Apa itu bahasa isyarat??
bahasa isyarat ialah kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan juga bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seseorang penutur. Bahasa isyarat berkembang dalam kalangan komunikti pekak @ tuli dan juga insan disekeliling mereka.

Bahasa isyarat merupakan bahasa yang, tidak menggunakan pola bunyi, sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi manual, bahasa badan) untuk memberi makna—serentak dengan gabungan bentuk tangan, orientasi dan pergerakkan tangan, lengan, atau badan, dan raut muka untuk menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.
Bilamana terdapat komuniti orang pekak, bahasa isyarat wujud. Tatabahasa spatial amat berbeza dengan tata bahasa pertuturan. s - subjek, o- objek, v- verb (perbuatan)
ov - nasi makan...
vo - makan nasi...
sov - ali nasi makan...
svo - ali makan nasi...
ovs - nasi ali makan...
Terdapat beratus bahasa isyarat digunakan di dunia dan merupakan teras budaya pekak tempatan. Sesetengah bahasa isyarat telah menerima satu bentuk pengesahan bahasa isyarat, sementara yang lain tidak memiliki sebarang bentuk status langsung.


bahasa latah : simpati atau eksploitasi?



opocot mak datuk nenek kau’ antara ayat yang sangat popular terkeluar daripada mulut si latah. Pelatah akan mengeluarkan berbagai-bagai jenis ayat secara spontan tatkala diusik oleh teman-teman. Pelatah biasanya mengucapkan sesuatu yang bermain di fikiran mereka atau mereka akan mengulangi kembali perkataan yang diucapkan oleh orang disekiling mereka. Hal ini membuatkan suasana akan menjadi gamat dengan gelak ketawa dengan kelucuan ayat yang meluncur dari mulut si pelatah itu tadi.

Latah dikatakan sejenis penyakit saraf yang boleh menyebabkan seseorang tidak menyedari apa-apa yang sedang dilakukan dan kebiasaannya didapati pada perempuan yang berumur. Menurut pakar psikologi, Dr. William S. Buroughs, latah ialah situasi terkejut yang melampau yang dialami oleh seseorang dan sering ditemukan di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa sahaja dan kebanyakannya wanita. Perlakuan latah ini juga dikatakan kebiasaan yang tidak berkaitan dengan penyakit tetapi dipercayai berkaitan rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan persekitaran sosial.

Perlakuan latah sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu, khususnya dan masyarakat Asia Tenggara umumnya. Kebanyakan aksi latah ini sering dilakukan oleh perempuan yang berusia dan tinggal di kampung. Fenomena bahasa latah ini jarang-jarang ditemukan dalam kalangan lelaki, begitu juga dengan warga kota kini. Namun begitu, terdapat juga pelatah dalam kalangan muda..contohnya salah seorang daripada kawan yang seusia saya.

Kawan saya akan melatah sekiranya di usik atau pun terkejut dan dia akan menyebut perkara-perkara yang dia dengari. Mula-mula agak lucu dengan telatahnya itu, namun timbul sedikit kasihan dalam hati kerana ada yang sengaja menyakat dia untuk bergurau. Dan tidak kurang juga yang tidak ambil peduli.




Bagi saya, kita perlu menyokong golongan latah ini, usah lagi menyakat dan elakkan daripada menjadikan mereka sebagai bahan gurauan kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Mereka tidak diminta untuk jadi seperti itu. Dan masyarakat harus memahaminya.