photo salam5ry1.gif

Saturday 30 March 2013

GILER LAHH!!!




Aku perasan, setiap kali aku menghadiri kelas KOMSAS, pensyarah selalu mengkritik bahasa remaja yang banyak menggunakan unsur-unsur negatif dalam percakapan mereka. Kata pensyarah, orang muda sekarang selalu menggunakan perkataan “giler”  dalam ayat mereka.
 Contohnya :  comel giler baju tu”,
 “ giler la kau”..
“ pasaraya di sana buat sale, murah giler”

Hehehe…kata pensyarah lagi, sebab selalu menggunakan perkataan “giler” itulah yang membuatkan golongan muda sekarang menjadi ‘gila’… remaja sekarang sudah hilang kesopanan dalam diri mereka.
Ya, aku juga setuju dengan komen yang diberikan oleh pensyarah aku tu…memang remaja suka menggunakan ayat-ayat yang agak keterlaluan dalam percakapan mereka. Lebih menyedihkan lagi, ramai antara mereka yang turut menggunakan ayat lain yang boleh dianggap kurang sopan bagi pendengar seperti “bengong” dan sebagainya. Ya, kita tidak sememangnya tidak berhak untuk membaiki cara mereka berkomunikasi namun, masalah ini boleh dibendung dari peringkat akarnya lagi…

caranya???.

tentulah peranan ibu bapa. Peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik sahsiah dan peribadi anak-anak. Sewaktu mereka kecillah ibu bapa perlu mendisiplinkan mereka agar mereka tumbuh sebagai manusia yang mempunyai budi pekerti yang tinggi…

tapi bagaimana???

 Ibu bapa perlu menuturkan pengucapan yang baik agar menjadi contoh kepada anak-anak mereka..selain itu, ibu bapa juga perlu memantau dengan siapa mereka berkawan agar anak-anak tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negative dan yang seterusnya, ibu bapa cubalah untuk menanamkan sifat-sifat terpuji dalam diri anak-anak seperti menghormati orang lain dan bercakap dengan menggunakan nada yang sopan…

Senangkan cara untuk mengawal sesuatu keadaan sekiranya ibu bapa memainkan peranan yang sewajarnya…


BAHASA IKLAN





Bahasa iklan merupakan bahasa yang digunakan sebagai medium penyampaian maklumat bagi tujuan mempromosikan barangan dan perkhidmatan, selain memujuk, memuji dan merayu.
Dalam pengiklanan, pengiklan banyak menggunakan retorik pemujukan yang bertujuan untuk mempengaruhi pengguna untuk membeli barangan daripada mereka. Bahasa yang digunakan oleh pengiklan berbentuk pujian dan pujukan, malah boleh dikatakan rayuan secara halus. Hal ini dilakukan dengan memaparkan kebaikan dan kelebihan produk yang berkaitan supaya pengguna dapat mengubah fikiran dan seterusnya mencuba menggunakan produk yang diiklankan.

Contoh ayat yang biasa digunakan oleh pengiklan adalah ringkas tetapi mengandungi makna yang mendalam. Contohnya:
 

>>> MALU dengan muka yang BERJERAWAT? Kulit muka KUSAM/ TAK SEKATA atau BERJERAGAT?

✔✔✔Yang TERBAIK kini muncul untuk selesaikan masalah anda. Kesan seawal 3 hari!!!

Nak harga DISKAUN? Teruskan pembacaan...

Memperkenalkan ==>>

Sabun semulajadi adalah berkali-ganda lebih baik dari sabun biasa.

Ia mampu membantu:

✔ MEMBERSIH, MEMUTIH, MENCERAHKAN KULIT WAJAH & BADAN.
✔MENGHILANGKAN jerawat / parut / pigmentasi / stretchmarks dan cela
✔MENGURANGKAN kedut serta menegangkan kulit
✔MENCERAHKAN kulit yg kusam / gelap termasuk bahagian badan
✔MENYAMARATAKAN tona kulit
✔MENGHILANGKAN minyak berlebihan
✔Wajah LEBIH putih berseri
✔Kulit LEBIH licin
✔MEMUDARKAN jeragat
✔MENGHILANGKAN blackhead/whitehead
✔MEMBUANG toksin yang ada di dalam kulit

Harga normal biasanya RM69. Tapi.....

Sebagai harga PROMOSI BULAN APRIL 2013...

HANYA RM49 SAHAJA! (PENJIMATAN BERGANDA!!!)

sila ikuti langkah berikut untuk dapatkan DISKAUN HEBAT ni!




 




PISANG GORENG VS GORENG PISANG




Suatu petang aku ke pejabat pos untuk mengirim barang ke kampung halaman. Aku tidak mengambil masa yang lama berurusan disana kerana pada ketika itu, bilangan pelanggan tidak ramai. Seusai urusan aku, aku melangkah keluar dari pejabat tersebut. Mata ku tertangkap sebuah kedai yang menjual makanan bergoreng yang terletak berhampiran pejabat pos tersebut. Panjang sahaja langkahku menghampiri kedai tersebut kerana tekak ku terasa haus. Mungkin kerana cuaca terlalu panas..
Eemmm….setibanya disana, aku dilayan oleh seorang budak perempuan dalam lingkungan 9 atau 10 tahun. Aku membeli air daripadanya. Kemudian, datang seorang wanita yang agak berusia.



Mak cik: Nak beli apa nak? Goreng pisang?
Aku: A’ah mak cik. Saya nak pisang goreng rm2.
Mak cik: OK…(kemudian dia berpaling ke belakang dan memberitahu kepada anak buahnya) “goreng pisang 2 ringgit”.
Aku: @#%&*…heheheh