photo salam5ry1.gif

Saturday, 30 March 2013

SIMPULAN BAHASA



Pemikiran Orang melayu begitu kreatif sekali terutama dalam aspek sosial dan bahasa. Mereka mengamati sesuatu keadaan yang berlaku dan mengaplikasikan dalam bentuk bahasa. Mereka mencipta pelbagai bahasa yang indah seperti puisi, pepatah, bidalan, peribahasa dan juga simpulan bahasa. Apa yang berlaku disekitar mereka, akan mereka kaitkan dengan bahasa kerana bahasa merupakan medium penting dalam komunikasi lisan dan tulisan.
Orang melayu sejak zaman berzaman lagi menggunakan simpulan bahasa untuk menggambarkan sesuatu keadaan, sifat atau perbuatan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai rujukan dan juga pengajaran buat generasi muda.
Terdapat simpulan bahasa yang memberikan banyak makna antaranya seperti berikut:
Basuh kaki
Ertinya: 1. Tidak mengambil peduli apa-apa yang berlaku
2. selesai semua yang telah dirundingkan seperti dalam   urusan perkahwinan.
Lidah biawak
Ertinya: 1. Seseorang yang tidak menepati janji
2. seseorang yang suka berdolak-dalik dan cakapnya selalu  berubah-ubah

panggilan nama di Kelantan




Panggilan nama atau gelaran di Kelantan amat unik sekali. Ia berbeza sekali dengan sistem panggilan atau ganti nama diri yang digunakan dalam bahasa melayu. Walaupun kedengaran agak kasar namun ia tetap mempunyai nilai yang tersendiri. ia tidak dianggap sebagai kurang sopan oleh masyarakat sekeliling kerana dengan cara berbahasa seperti itulah yang membuatkan hubungan mereka semakin erat dan mesra. Terdapat beberapa contoh panggilan atau ganti nama diri bahasa melayu yang ketara sekali perbezaannya dengan sistem panggilan di Kelantan. Antaranya seperti berikut:

Kata ganti nama diri  bahasa melayu                     k.ganti nama Kelantan
Aku, saya                                                                             ambo, kawe
Awak, kamu, kau                                                                 demo, mung

Nama                                                                         panggilan nama di kelantan
Nazrul                                                                                 mat yo
Muhammad                                                                         mamat
Haslina                                                                                mekna                                                                                                                      

Friday, 29 March 2013

sistem tanda




Sistem tanda


bahasa mempunyai variasi yang tersendiri. selain daripada ujaran lisan mahupun tulisan, sistem tanda juga turut digunakan pakai oleh masyarakat untuk memahami sesuatu perkara yang kadang kala tidak mampu dikendalikan sepenuhnya oleh manusia itu sendiri. Contohnya penggunaan papan tanda iklan. Melalui papan tanda iklan, masyarakat memahami mesej yang ingin disampaikan kepada mereka. Begitu juga dengan penggunaan lampu isyarat. Begitu mustahil sekali manusia mampu mengawal aliran trafik yang sesak saban hari dimana-mana jua. Oleh itu, penggunaan lampu isyarat inilah yang menjadi perantara kepada masyarakat. Melalui lampu isyarat ini, masyarakat akan lebih berdisiplin dan mematuhi arahan lampu isyarat tersebut bagi melancarkan perjalanan mereka