Komunikasi mempunyai pelbagai bentuk,
sama ada secara lisan, tulisan, gerak badan atau isyarat. Sebagai manusia yang
normal, kita tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan sebaiknya. Namun,
bagaimana pula bagi insan yang mempunyai kekurangan?
Agak kekok untuk mereka bergaul dengan
masyarakat bukan??
Oleh itu mereka menggunakan bahasa
isyarat. Apa itu bahasa isyarat??
bahasa isyarat ialah kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan juga bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seseorang penutur. Bahasa isyarat berkembang dalam kalangan komunikti pekak @ tuli dan juga insan disekeliling mereka.

Bahasa isyarat merupakan bahasa yang, tidak menggunakan
pola bunyi, sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi manual,
bahasa badan) untuk memberi makna—serentak dengan gabungan bentuk tangan,
orientasi dan pergerakkan tangan, lengan, atau badan, dan raut muka untuk
menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.
Bilamana
terdapat komuniti orang pekak, bahasa isyarat wujud. Tatabahasa spatial amat
berbeza dengan tata bahasa pertuturan. s - subjek, o- objek, v- verb
(perbuatan)
ov - nasi makan...
vo - makan nasi...
svo - ali makan nasi...
ovs - nasi ali makan...
Terdapat
beratus bahasa isyarat digunakan di dunia dan merupakan teras budaya pekak
tempatan. Sesetengah bahasa isyarat telah menerima satu bentuk pengesahan
bahasa isyarat, sementara yang lain tidak memiliki sebarang bentuk status
langsung.

No comments:
Post a Comment