Aku perasan, setiap kali aku menghadiri kelas KOMSAS, pensyarah selalu
mengkritik bahasa remaja yang banyak menggunakan unsur-unsur negatif dalam
percakapan mereka. Kata pensyarah, orang muda sekarang selalu menggunakan perkataan
“giler” dalam ayat mereka.
Contohnya : “ comel giler baju tu”,
“ giler la kau”..
“ pasaraya di sana buat sale,
murah giler”
Hehehe…kata pensyarah lagi, sebab selalu menggunakan perkataan “giler”
itulah yang membuatkan golongan muda sekarang menjadi ‘gila’… remaja sekarang
sudah hilang kesopanan dalam diri mereka.
Ya, aku juga setuju dengan komen yang diberikan oleh pensyarah aku tu…memang
remaja suka menggunakan ayat-ayat yang agak keterlaluan dalam percakapan
mereka. Lebih menyedihkan lagi, ramai antara mereka yang turut menggunakan ayat
lain yang boleh dianggap kurang sopan bagi pendengar seperti “bengong” dan
sebagainya. Ya, kita tidak sememangnya tidak berhak untuk membaiki cara mereka
berkomunikasi namun, masalah ini boleh dibendung dari peringkat akarnya lagi…
caranya???.
tentulah peranan ibu bapa. Peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik
sahsiah dan peribadi anak-anak. Sewaktu mereka kecillah ibu bapa perlu
mendisiplinkan mereka agar mereka tumbuh sebagai manusia yang mempunyai budi
pekerti yang tinggi…
tapi bagaimana???
Ibu bapa perlu menuturkan
pengucapan yang baik agar menjadi contoh kepada anak-anak mereka..selain itu,
ibu bapa juga perlu memantau dengan siapa mereka berkawan agar anak-anak tidak
terpengaruh dengan unsur-unsur negative dan yang seterusnya, ibu bapa cubalah
untuk menanamkan sifat-sifat terpuji dalam diri anak-anak seperti menghormati
orang lain dan bercakap dengan menggunakan nada yang sopan…
Senangkan cara untuk mengawal sesuatu keadaan sekiranya ibu bapa memainkan
peranan yang sewajarnya…