photo salam5ry1.gif

Tuesday 2 April 2013

bahasa latah : simpati atau eksploitasi?



opocot mak datuk nenek kau’ antara ayat yang sangat popular terkeluar daripada mulut si latah. Pelatah akan mengeluarkan berbagai-bagai jenis ayat secara spontan tatkala diusik oleh teman-teman. Pelatah biasanya mengucapkan sesuatu yang bermain di fikiran mereka atau mereka akan mengulangi kembali perkataan yang diucapkan oleh orang disekiling mereka. Hal ini membuatkan suasana akan menjadi gamat dengan gelak ketawa dengan kelucuan ayat yang meluncur dari mulut si pelatah itu tadi.

Latah dikatakan sejenis penyakit saraf yang boleh menyebabkan seseorang tidak menyedari apa-apa yang sedang dilakukan dan kebiasaannya didapati pada perempuan yang berumur. Menurut pakar psikologi, Dr. William S. Buroughs, latah ialah situasi terkejut yang melampau yang dialami oleh seseorang dan sering ditemukan di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa sahaja dan kebanyakannya wanita. Perlakuan latah ini juga dikatakan kebiasaan yang tidak berkaitan dengan penyakit tetapi dipercayai berkaitan rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan persekitaran sosial.

Perlakuan latah sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu, khususnya dan masyarakat Asia Tenggara umumnya. Kebanyakan aksi latah ini sering dilakukan oleh perempuan yang berusia dan tinggal di kampung. Fenomena bahasa latah ini jarang-jarang ditemukan dalam kalangan lelaki, begitu juga dengan warga kota kini. Namun begitu, terdapat juga pelatah dalam kalangan muda..contohnya salah seorang daripada kawan yang seusia saya.

Kawan saya akan melatah sekiranya di usik atau pun terkejut dan dia akan menyebut perkara-perkara yang dia dengari. Mula-mula agak lucu dengan telatahnya itu, namun timbul sedikit kasihan dalam hati kerana ada yang sengaja menyakat dia untuk bergurau. Dan tidak kurang juga yang tidak ambil peduli.




Bagi saya, kita perlu menyokong golongan latah ini, usah lagi menyakat dan elakkan daripada menjadikan mereka sebagai bahan gurauan kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan. Mereka tidak diminta untuk jadi seperti itu. Dan masyarakat harus memahaminya.


 

No comments:

Post a Comment