photo salam5ry1.gif

Monday 1 April 2013

BAHASA SEBAGAI SISTEM LAMBANG





Lambang merupakan sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain. Namun begitu, dalam ilmu bahasa lambang merupakan sesuatu yang dikeluarkan atau yang disebutkan dari mulut seseorang sebagai mewakili apa yang ada dalam kepala atau fikiran seseorang itu untuk merujuk kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, lambang tidak sama dengan benda, perbuatan, peristiwa atau sifat tetapi wakilnya sahaja.
Bahasa ialah sistem lambang yang mempunyai peraturan tertentu (berhubung dengan bunyi, ejaan, dan bentuk ayat). Setiap kata yang dikeluarkan adalah lambang yang mewakili sesuatu yang lain.
Contohnya melalui perkataan women, female, lady, girl, wanita dan sebagainya, kita dapati bahawa kesemuanya boleh melambangkan perempuan. Tetapi dalam tiap-tiap satunya digunakan secara berbeza dalam konteks yang berbeza pula seperti yang berikut:

 Kategori                        ciri-ciri                                    
Female                                  betina/perempuan                        - boleh digunakan untuk
                                                                                                 Manusia dan haiwan

girl                                        perempuan kecil /            
                                              belum dewasa

lady                                       perkataan yang lebih baik
                                              merujuk kepada wanita daripada woman.

Woman                                   berkonotasi kurang baik jika dalam keadaan
 tertentu



No comments:

Post a Comment