photo salam5ry1.gif

Tuesday 2 April 2013

BAHASA ISYARAT...





Komunikasi mempunyai pelbagai bentuk, sama ada secara lisan, tulisan, gerak badan atau isyarat. Sebagai manusia yang normal, kita tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan sebaiknya. Namun, bagaimana pula bagi insan yang mempunyai kekurangan?

Agak kekok untuk mereka bergaul dengan masyarakat bukan??

Oleh itu mereka menggunakan bahasa isyarat.  Apa itu bahasa isyarat??
bahasa isyarat ialah kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan juga bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seseorang penutur. Bahasa isyarat berkembang dalam kalangan komunikti pekak @ tuli dan juga insan disekeliling mereka.

Bahasa isyarat merupakan bahasa yang, tidak menggunakan pola bunyi, sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi manual, bahasa badan) untuk memberi makna—serentak dengan gabungan bentuk tangan, orientasi dan pergerakkan tangan, lengan, atau badan, dan raut muka untuk menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.
Bilamana terdapat komuniti orang pekak, bahasa isyarat wujud. Tatabahasa spatial amat berbeza dengan tata bahasa pertuturan. s - subjek, o- objek, v- verb (perbuatan)
ov - nasi makan...
vo - makan nasi...
sov - ali nasi makan...
svo - ali makan nasi...
ovs - nasi ali makan...
Terdapat beratus bahasa isyarat digunakan di dunia dan merupakan teras budaya pekak tempatan. Sesetengah bahasa isyarat telah menerima satu bentuk pengesahan bahasa isyarat, sementara yang lain tidak memiliki sebarang bentuk status langsung.


No comments:

Post a Comment